Monday, 9 May 2011

Hubungi Kami | GBEP


Hubungi kami :-




1.       IBU PEJABAT   -    Gunung Berantai Eco park,
                                 Kedai  No 30, Tingkat atas,
                                 Lorong Jed  1, Nadi Kota,
                                26400 Bandar Jengka,
                                Pahang Darul Makmur.
                                Fax        :   09-4676996
                                Web      :   www.gunungberantai.com
                                Blog       :   http://gunungberantai.blogspot.com


2.       PAHANG         -    Nama     :  Laili Basir
                              No Fon   :  017-9828538
                              Email       :  laili@tamannegara.org


                              Nama      :  Mohd  Zaharunn Nizam Bin Mahmad
                              No Fon   :  019-9273188
                              Email       :  zaharunnnizam@gmail.com

                      
                              Nama      :  Habli Basir
                              No Fon   :  012-7008014
                              Email       :  muser_dol@yahoo.com.my

3.       Kuala Lumpur  -  Nama      :  Isma saring
                            No Fon   :  017-3590753
                            Email       :  isma_saring@yahoo.com

3 Hari 2 Malam | GBEP




TENTATIF PROGRAM (3 HARI 2 MALAM )


HARI PERTAMA

  3.00 pm – Pendaftaran Peserta
  3.30 pm – Taklimat Program
  4.00 pm – Kenali Diri
  4.30 pm – Solat Asar
  5.00 pm – Mendirikan Pengkalan dan Makan Malam
  7.00 pm – Solat Maghrib Dan Bicara Malam
  9.00 pm – Mengenali Potensi Diri
10.00 pm – Minum Malam
11.00 pm – Pungguk Rindukan Bulan
12.30 am – Himpun Daya Dan Selamat Malam




HARI KEDUA

05.30 am – Persiapan Diri
06.00 am – Solat Subuh Dan Bicara Pagi
07.00 am – Ceria…Ceria…Cergas
08.00 am – Sarapan Pagi
08.30 am – Teori Ikhtiar Hidup
10.00 am – Rehat
10.30 am – Ikhtiar Hidup ( Praktikal )
12.00 pm – Makan Tengahari
01.30 pm – Solat Zohor
02.00 pm – Nature Abseiling | ‘short but syok’
06.00 pm – Makan Malam
07.00 pm – Solat Maghrib Dan Isyak
08.30 pm – Pemikiran Kreatif Dan Kritis
11.00 pm – Minum Dan Sembang Malam
12.00 am – Himpun Daya Dan Selamat Malam






HARI KETIGA


05.30 am – Persiapan Diri
06.00 am – Solat Subuh Dan Bicara Pagi
07.00 am – Sarapan Pagi
08.00 am – Ceria…Ceria…Cargas
08.30 am – Water Survival | ‘short but syok’
11.00 pm – Bersihkan Pengkalan Dan Makan Tengahari
01.30 pm – Solat Zohor
02.00 pm – Majlis Penutup Dan Penyampaian Sijil
03.00 pm – Bersurai

------------------------------------------------------------------------------------

Jika tetamu / pelawat ingin menambah atau mengurangkan program , sila berhubung dengan pihak GBEP sebelum tarikh ketibaan. 

Gunung Berantai Eco Park

Jungle Trekking

“Short but Syok”







Aktiviti jungle trekking adalah satu aktiviti lasak yang amat digemari ketika sesuatu program motivasi dianjurkan. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti ini, akitiviti keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan tidak kira kepada pelajar, guru pengiring, fasilatator mahupun jurulatih itu sendiri. Keperihatinan setiap individu dalam kumpulan amat penting untuk menjayakan aktiviti ini supaya sampai ke Destinasi yang dituju.
GBEP mempelawa kepada peminat aktiviti jungle trekking untuk menjejaki :-

1.   Cabang sejuk panas
Untuk menjejaki cabang sejuk panas , peserta perlu berjalan mengikut trek yang disediakan dan dengan pengawasan “Guide” supaya peserta tidak tersasar dari laluan untuk ke sana. Cabang sejuk panas merupakan pertemuan dua sungai besar dan sungai kecil yang berbeza suhunya.

2.   Gunung Berantai
Gunung Berantai merupakan antara 40 gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 769 meter (2,520 kaki ) .Gunung Berantai mempunyai:-

a) Hutan Dipterokarp Bukit
    Hutan yang berketinggian antara 300-750 meter kebanyakannya   
    ditumbuhi oleh pokok seraya, pokok keruing dan meranti

b) Hutan Dipterokarp Atas
    Berketinggian antara 750-1,200 meter dari paras laut yang
    mengandungi terutamanya pokok meranti bukit dan pokok damar 
    minyak

Jarak dari Camp site ke puncak Gunung Berantai dianggarkan sejauh 13km mengikut mata burung ( bird eye ). Memang akan menguji kecerdasan dan ketahanan kepada peserta untuk sampai ke puncak melalui laluan berbukit dan berbatu.
Guide yang berpengalaman serta diiktiraf disediakan oleh GBEP untuk segala aktiviti lasak yang diadakan. Peserta dinasihatkan supaya mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh penyelia semasa melakukan aktiviti lasak.










Night Jungle Walk


“Short but Syok”



Aktiviti yang dilakukan pada waktu malam. Aktiviti ini memerlukan guide untuk memandu kita di samping memberikan penerangan mengenai flora dan fauna yang terdapat di Gunung Berantai Eco Park. Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. Semasa aktiviti dilakukan semua peserta diminta diam untuk mengelakkan binatang yang ada lari. Kebarangkalian melihat binatang liar bergantung kepada nasib.

Guide yang berpengalaman serta diiktiraf disediakan oleh GBEP untuk segala aktiviti lasak yang diadakan. Peserta dinasihatkan supaya mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh penyelia semasa melakukan aktiviti lasak .












Flying Fox


“Short but Syok”

                                             (gambar hiasan )


Selain Abseiling, GBEP juga akan menyediakan aktiviti Flying Fox,
aktiviti ini juga merupakan aktiviti yang mencabar minda dan fizikal peserta.Selain itu aktiviti ini juga menambahkan keyakinan diri peserta kekuatan fizikal dan mental peserta.

Bagi aktiviti ini, peserta akan membuat luncur udara (flying fox) dianggarkan sejauh  sejauh 150m melintasi sungai dan setinggi 30 kaki.
. Guide yang berpengalaman serta diiktiraf disediakan oleh GBEP untuk segala aktiviti lasak yang diadakan. Peserta dinasihatkan supaya mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh penyelia semasa melakukan aktiviti lasak .


Sunday, 8 May 2011

Gunung Berantai Eco Park

Abseiling


"Short but Syok"







Kepada penggemar aktiviti lasak  seperti  Abseiling,  GBEP mengadakan aktiviti ini dengan ketinggian 25 meter berdasarkan bentuk dinding dari batu batan yang memang sesuai dengan aktiviti ini. Aktiviti ini mampu menguji kekuatan Fizikal peserta dan memupuk semangat berpasukan dan membina generasi masa depan yang lebih berani menyahut cabaran dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Penyelia yang berpengalaman serta diiktiraf disediakan oleh GBEP untuk segala aktiviti lasak yang diadakan. Anda dinasihatkan supaya mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh penyelia semasa melakukan aktiviti lasak .





Water Rafting

"Short but Syok"





Bentuk sungai yang lebar dan menarik amat sesuai untuk aktiviti ini. Aktiviti “Water rafting” ini menggunakan tiup getah yang diikat bersama buluh dan dihanyutkan bersama air sungai yang deras .kawalan yang betul dan kerjasama antara pasukan amat perlu semasa menyertai aktiviti ini. Walaupun ringkas, sajian itu nyata amat membuka selera selepas bermain dengan air sungai yang dingin untuk tempoh yang agak lama.


 Peserta dapat menikmati aktiviti ini selama 1 jam dengan jarak sejauh 3km menerusi sungai sambil menikmati keindahan dan kehijauan flora dan fauna . Penyelia yang berpengalaman serta diiktiraf disediakan oleh GBEP untuk segala aktiviti lasak yang diadakan. Anda dinasihatkan supaya mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh penyelia semasa melakukan aktiviti lasak .






Tubing

"Short but Syok"




Aktiviti tubing adalah menghanyutkan diri menggunakan pelampung tiub getah. Ini sudah menjadi rekreasi air popular di beberapa destinasi ekopelancongan termasuk Taman Negara. Berbeza dengan kayak, seseorang hanya perlu bergantung kepada tangan untuk mengawal pergerakan, sekali gus 'mengemudi' haluan tiub.

Nampak saja mudah tetapi jika tidak dikendalikan dengan baik, ia boleh menyebabkan seseorang tenggelam timbul apabila meredah jeram. 
Paling penting, seseorang perlu mengikut 'body confidence' untuk membiasakan diri dengan arus sungai, sekali gus mengelak situasi panik sekiranya pelampung secara tiba-tiba terbalik. Sebagai persediaan, kakitangan GBEP yang terlatih dengan kursus menyelamat sentiasa berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi kecemasan. 

Tempoh satu jam tidak bermakna keseluruhannya bermain dengan tiup getah. Sebaliknya, peserta dilepaskan secara berperingkat dan keluar daripada air apabila tiba di kawasan terlampau cetek. Ada ketikanya, peserta diarah merentas denai di tebing bagi mengelak laluan yang agak berbahaya. Pada masa sama, bermain air sambil menikmati suasana damai dikelilingi kehijauan alam semula jadi.

Alang-alang sudah basah, ada yang mandi di sungai itu sambil mengabadikan gambar. Peserta disarankan menggunakan kamera kalis air untuk merakam kenangan mengharungi sungai sepanjang melakukan aktiviti 'tubing'.
Penyelia yang berpengalaman serta diiktiraf disediakan oleh GBEP untuk segala aktiviti lasak yang diadakan. Anda dinasihatkan supaya mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh penyelia semasa melakukan aktiviti lasak .