Jungle Trekking
“Short but Syok”
Aktiviti jungle trekking adalah satu aktiviti lasak yang amat digemari ketika sesuatu program motivasi dianjurkan. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti ini, akitiviti keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan tidak kira kepada pelajar, guru pengiring, fasilatator mahupun jurulatih itu sendiri. Keperihatinan setiap individu dalam kumpulan amat penting untuk menjayakan aktiviti ini supaya sampai ke Destinasi yang dituju.
GBEP mempelawa kepada peminat aktiviti jungle trekking untuk menjejaki :-
1. Cabang sejuk panas
Untuk menjejaki cabang sejuk panas , peserta perlu berjalan mengikut trek yang disediakan dan dengan pengawasan “Guide” supaya peserta tidak tersasar dari laluan untuk ke sana. Cabang sejuk panas merupakan pertemuan dua sungai besar dan sungai kecil yang berbeza suhunya.
2. Gunung Berantai
Gunung Berantai merupakan antara 40 gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 769 meter (2,520 kaki ) .Gunung Berantai mempunyai:-
a) Hutan Dipterokarp Bukit
Hutan yang berketinggian antara 300-750 meter kebanyakannya
ditumbuhi oleh pokok seraya, pokok keruing dan meranti
b) Hutan Dipterokarp Atas
Berketinggian antara 750-1,200 meter dari paras laut yang
mengandungi terutamanya pokok meranti bukit dan pokok damar
minyak
Jarak dari Camp site ke puncak Gunung Berantai dianggarkan sejauh 13km mengikut mata burung ( bird eye ). Memang akan menguji kecerdasan dan ketahanan kepada peserta untuk sampai ke puncak melalui laluan berbukit dan berbatu. Guide yang berpengalaman serta diiktiraf disediakan oleh GBEP untuk segala aktiviti lasak yang diadakan. Peserta dinasihatkan supaya mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh penyelia semasa melakukan aktiviti lasak.

Night Jungle Walk
“Short but Syok”
Aktiviti yang dilakukan pada waktu malam. Aktiviti ini memerlukan guide untuk memandu kita di samping memberikan penerangan mengenai flora dan fauna yang terdapat di Gunung Berantai Eco Park. Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. Semasa aktiviti dilakukan semua peserta diminta diam untuk mengelakkan binatang yang ada lari. Kebarangkalian melihat binatang liar bergantung kepada nasib.
Guide yang berpengalaman serta diiktiraf disediakan oleh GBEP untuk segala aktiviti lasak yang diadakan. Peserta dinasihatkan supaya mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh penyelia semasa melakukan aktiviti lasak .
Flying Fox
“Short but Syok”
(gambar hiasan )
Selain Abseiling, GBEP juga akan menyediakan aktiviti Flying Fox,
aktiviti ini juga merupakan aktiviti yang mencabar minda dan fizikal peserta.Selain itu aktiviti ini juga menambahkan keyakinan diri peserta kekuatan fizikal dan mental peserta.
aktiviti ini juga merupakan aktiviti yang mencabar minda dan fizikal peserta.Selain itu aktiviti ini juga menambahkan keyakinan diri peserta kekuatan fizikal dan mental peserta.
Bagi aktiviti ini, peserta akan membuat luncur udara (flying fox) dianggarkan sejauh sejauh 150m melintasi sungai dan setinggi 30 kaki. . Guide yang berpengalaman serta diiktiraf disediakan oleh GBEP untuk segala aktiviti lasak yang diadakan. Peserta dinasihatkan supaya mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh penyelia semasa melakukan aktiviti lasak .
No comments:
Post a Comment