"Short but Syok"
Kepada penggemar aktiviti lasak seperti Abseiling, GBEP mengadakan aktiviti ini dengan ketinggian 25 meter berdasarkan bentuk dinding dari batu batan yang memang sesuai dengan aktiviti ini. Aktiviti ini mampu menguji kekuatan Fizikal peserta dan memupuk semangat berpasukan dan membina generasi masa depan yang lebih berani menyahut cabaran dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Penyelia yang berpengalaman serta diiktiraf disediakan oleh GBEP untuk segala aktiviti lasak yang diadakan. Anda dinasihatkan supaya mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh penyelia semasa melakukan aktiviti lasak .
Water Rafting
"Short but Syok"
Bentuk sungai yang lebar dan menarik amat sesuai untuk aktiviti ini. Aktiviti “Water rafting” ini menggunakan tiup getah yang diikat bersama buluh dan dihanyutkan bersama air sungai yang deras .kawalan yang betul dan kerjasama antara pasukan amat perlu semasa menyertai aktiviti ini. Walaupun ringkas, sajian itu nyata amat membuka selera selepas bermain dengan air sungai yang dingin untuk tempoh yang agak lama.
Peserta dapat menikmati aktiviti ini selama 1 jam dengan jarak sejauh 3km menerusi sungai sambil menikmati keindahan dan kehijauan flora dan fauna . Penyelia yang berpengalaman serta diiktiraf disediakan oleh GBEP untuk segala aktiviti lasak yang diadakan. Anda dinasihatkan supaya mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh penyelia semasa melakukan aktiviti lasak .
Tubing
"Short but Syok"
Aktiviti tubing adalah menghanyutkan diri menggunakan pelampung tiub getah. Ini sudah menjadi rekreasi air popular di beberapa destinasi ekopelancongan termasuk Taman Negara. Berbeza dengan kayak, seseorang hanya perlu bergantung kepada tangan untuk mengawal pergerakan, sekali gus 'mengemudi' haluan tiub.
Nampak saja mudah tetapi jika tidak dikendalikan dengan baik, ia boleh menyebabkan seseorang tenggelam timbul apabila meredah jeram. Paling penting, seseorang perlu mengikut 'body confidence' untuk membiasakan diri dengan arus sungai, sekali gus mengelak situasi panik sekiranya pelampung secara tiba-tiba terbalik. Sebagai persediaan, kakitangan GBEP yang terlatih dengan kursus menyelamat sentiasa berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi kecemasan.
Nampak saja mudah tetapi jika tidak dikendalikan dengan baik, ia boleh menyebabkan seseorang tenggelam timbul apabila meredah jeram. Paling penting, seseorang perlu mengikut 'body confidence' untuk membiasakan diri dengan arus sungai, sekali gus mengelak situasi panik sekiranya pelampung secara tiba-tiba terbalik. Sebagai persediaan, kakitangan GBEP yang terlatih dengan kursus menyelamat sentiasa berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi kecemasan.
Tempoh satu jam tidak bermakna keseluruhannya bermain dengan tiup getah. Sebaliknya, peserta dilepaskan secara berperingkat dan keluar daripada air apabila tiba di kawasan terlampau cetek. Ada ketikanya, peserta diarah merentas denai di tebing bagi mengelak laluan yang agak berbahaya. Pada masa sama, bermain air sambil menikmati suasana damai dikelilingi kehijauan alam semula jadi.
Alang-alang sudah basah, ada yang mandi di sungai itu sambil mengabadikan gambar. Peserta disarankan menggunakan kamera kalis air untuk merakam kenangan mengharungi sungai sepanjang melakukan aktiviti 'tubing'.Penyelia yang berpengalaman serta diiktiraf disediakan oleh GBEP untuk segala aktiviti lasak yang diadakan. Anda dinasihatkan supaya mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh penyelia semasa melakukan aktiviti lasak .
No comments:
Post a Comment